Menteri Kewangan, Yb Lim Guan Eng bercakap pada sidang media mengenai hutang RM1 Trillion di Kementerian Kewangan Malaysia, Putrajaya. foto AFFAN FAUZI, 31 MEI 2018
Lim Guan Eng

KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi jaminan bahawa projek kereta nasional ketiga kelak, tidak akan menggunakan dana mahupun wang awam dan kerajaan, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Beliau berkata sebaliknya projek tersebut jika dilaksanakan, akan dibiayai menggunakan pelaburan swasta.

“Sekiranya datang dari swasta ia tiada masalah, “ katanya ketika menggulung Rang Undang-Undang Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2018 di Dewan Rakyat hari ini.

Dilapor Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membayangkan untuk memulakan satu lagi projek kereta nasional ketika berucap pada Persidangan Antarabangsa Masa Depan Asia (Persidangan Nikkei) di Tokyo, Jepun pada Jun lepas.

Mahathir dilaporkan berkata Proton yang beliau lancarkan, bukan lagi kereta nasional.-BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast