Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee.

KUALA LUMPUR – Walaupun Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) adalah Datuk Seri Ronald Kiandee daripada Barisan Nasional (BN) namun nampaknya majoriti ahli-ahlinya masih wakil daripada Pakatan Harapan (PH).

Seramai lapan ahli Parlimen daripada PH dan hanya dua sahaja dari BN manakala Pas dan Parti Pesaka Bumiputra Bersatu Sarawak (PBB) masing-masing hanya seorang.

Antara yang dipilih daripada PKR adalah Wong Chen (Subang), Akmal Nasrullah Mohd Nasir (Johor Bahru), Willie Anak Mongin (Puncak Borneo) dan Steven Chong Shiau Yoon (Tebrau).

Manakala daripada DAP adalah Wong Hon Wai (Bukit Bendera) dan Wong Shu Qi (Kluang).

Hasanuddin Mohd Yunus (Hulu Langat) pula mewakili Amanah dan Muslimin Yahaya (Sungai Besar) pula daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Manakala, Datuk Seri Ahmad Hamzah (Jasin) dan Datuk Seri Hassan Ariffin (Rompin) pula mewakili BN.

Datuk Takiyuddin Hassan (Kota Bharu -Pas) dan Robert Lawson Chuat (Betong) mewakili PBB. – Malaysiagazette