LAHORE – Pakistan International Airlines (PIA) yang berlepasĀ  menuju ke Arab Saudi meninggalkan 70 jemaah haji berikutan syarikat penerbangan itu menjual tiket secara berlebihan

Jurucakap PIA bekata, mereka akan berlepas pada penerbangan lain sebelah malam, lapor The Nation.

Penerbangan PIA dari Karachi ke Jedaah berlepas semalam tanpa 70 orang penumpang yang telah membayar tiket mereka.

Syarikat penerbangan itu telah menjual terlalu banyak tiket dan tidak mempunyai sebarang kerusi untuk 70 jemaah haji tersebut.

Jemaah haji itu dimaklumkan mengenai perkara tersebut di kaunter daftar masuk.

Pengurusan syarikat penerbangan itu berkata, mereka terpaksa meninggalkan jemaah haji itu kerana terdapat terlalu banyak penumpang.

Bagaianapun, pengurusan syariakt itu memberitahu, mereka akan cuba memindahkan penumpang yang terlibar kepada penerbangan pukul 10 malam.

Bagaimanapun, tindakan tersebut tidak memuaskan hati penumpang terlibat yang mengadakan protes di Lapangan Terbang Antarabangsa Jinnah. – Agensi