SEOUL – Kementerian Pengangkutan Korea Selatan akan mengharamkan kira-kira 20,000 kenderaan BMW di atas jalan raya berikutan kebimbangan awam berlaku kebakaran enjin.

Larangan memandu itu dibuat selepas 27 enjin kenderaan itu terbakar antara Januari dan Julai lalu.

Kejadian itu mendorong BMW Korea meminta maaf pada minggu lalu dan memanggil semula sejumlah 106,000 kenderaan diesel termasuk 520d dari 20 Ogos lalu.

Kementerian Pengangkutan berkata, walaupun kenderaan itu sudah dipanggil semula tetapi masih ada yang belum melakukan pemeriksaan keselamatan.

“Saya meminta pemilik kereta BMW tertakluk kepada penarikan balik untuk bekerjasama secara aktif untuk mengelakkan kemalangan yang lebih besar,” kata Menteri Pengangkutan Kim Hyun-mee pada sidang akhbar.

Jelasnya, tindakan itu bukan untuk menghukum pemilik kenderaan terbabit tetapi atas dasar keselamatan.

Susulan kes kebakaran itu, BMW telah mengenal pasti punca utama dalam sistem peredaran gas ekzos.

Siasatan yang sama juga sedang dilakukan oleh Kerajaan Korea Selatan dan merancang untuk mengambil tindakan undang-undang jika perlu.

Perintah itu akan berkuatkuasa sebaik sahaja pemilik kereta terjejas menerima notis, seawal 15 Ogos, kata menteri tersebut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast