KOTA BHARU – Dua penari hip hop wanita Islam dari Amerika Syarikat kini berada di sini untuk memperkongsi pengalaman mereka tentang bagaimana kemahiran melakukan tarian hip hop dapat digunakan sebagai dakwah mengatasi Islamophobia.

Kedua-dua, Amirah Sackett, 40, dan Marry Mar, 36, tiba di Malaysia pada 9 Ogos untuk menceritakan pengalaman mereka sebagai penganut Islam di negara mereka.

“Realiti ketika ini ialah islamophobia telah menjadi tajuk umum dalam masyarakat, jadi kami mengambil pendekatan menggunakan tarian hip hop sebagai medium untuk mengubah persepsi masyarakat  terhadap  orang Islam,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perjumpaan ‘Get Down Session’  di Kampus Kota Universiti Malaysia Kelantan di Pengkalan Chepa hari ini.

Amirah, pengasas Kumpulan Penari Wanita, ‘We Are Muslims, Do Not Panic’ berkata tarian hip hop ini adalah tarian moden yang sudah menjadi sebahagian daripada budaya negara mereka dan boleh dianggap  sebagai cara terbaik untuk dijadikan medium dakwah.

“Bila penonton melihat persembahan yang saya lakukan dengan berpakaian menutup aurat (Abaya), secara tidak langsung ia dapat mengubah persepsi salah mereka terhadap orang Islam yang mana  mereka  (orang Islam) juga boleh melakukan tarian ‘cool dance,” katanya.-BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast