Iran memperkenalkan peluru berpandu balistik berjarak dekat masa depan semalam

TEHRAN – Iran mendedahkan peluru berpandu balistik berjarak dekat generasi depan semalam.

Pendedahan itu disusuli amaran keras bahawa ia akan memperkukuhkan serta meningkatkan kuasa pertahananan negara itu dalam semua bidang.

Roket baharu yang diberi nama The Fateh Mobin itu disifatkan oleh Menteri Pertahanannya, Brigadier Jeneral Amir Hatami sebagai 100 peratus buatan Iran.

“Seperti dijanjikan kepada rakyat kita, kami tidak sesekali membazirkan usaha untuk meningkatkan kemampuan peluru berpandu negara dan pasti akan meningkatkan kuasa peluru setiap hari,” kata Hatami.

Kenyataan itu menyusul selepas pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei berkata, tidak akan ada sebarang perang atau rundingan dengan Amerika Syarikat.

“Baru-baru ini, pegawai tertinggi Amerika Syarikat berterus terang tentang kita.

“Selain sekatan ke atas Iran, mereka juga menyentuh mengenai soal perang dan rundingan,” kata beliau dalam akaun twitternya.

“Dalam hal ini, biar saya memanjangkan sedikit kata kata kepada rakyat ‘tidak akan ada perang dan juga tidak ada peluang untuk rundingan dengan AS’,” katanya.

Ciri-ciri tambahan mengenai kelebihan peluru berpandu terbaharu itu tidak dijelaskan.

Namun versi sebelum ini berupaya terbang sejauh 200 hingga 300 kilometer menurut Pusat Pengajian Antarabangsa dan Strategik yang berpsay di AS.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast