Tun Dr Mahathir Mohamad
Tun Dr Mahathir Mohamad

PUTRAJAYA – Tun Dr Mahathir Mohamad mahu meningkatkan harga bekalan air mentah kepada Singapura lebih daripada 10 kali ganda sejajar dengan kenaikan kos sara hidup.

Perjanjian air semasa yang berakhir pada tahun 2061, menyaksikan Singapura mengambil 250 juta gelen sehari (mgd) air mentah dari Sungai Johor, dan Johor berhak kepada 5 mgd air terawat dari Singapura.

Singapura membayar 3 sen (1 sen Singapura) setiap seribu galon air mentah dan menjual air terawat kembali ke Johor pada 50 sen setiap 1,000 gelen.

Singapura pula mendakwa harga itu disubsidi dan di bawah kos rawatan air.

Malaysia memilih untuk tidak mengkaji harga apabila dibenarkan pada tahun 1987, tetapi perbincangan berlaku ketika Dr Mahathir menimbulkan isu itu pada tahun 1998.

Namun, perbincangan itu tidak menghasilkan pakatan baru.

Dalam temu bual dengan The Associated Press, Dr Mahathir berkata, Johor menjual air mentah kepada Melaka 30 sen setiap 1,000 gelen yang disifatkan sebagai “amal”.

“Kepada negara asing, kita perlu mendapatkan lebih daripada itu,” katanya.

Dalam wawancara baru-baru ini, Dr Mahathir menyifatkan perjanjian air tahun 1962 sebagai “terlalu mahal” dan “tidak masuk akal” dan mahu rundingan semula dilakukan dalam terma perjanjian berkenaan.

Bagaimanapun, Kementerian Luar Singapura (MFA) berkata, pada bulan Julai Singapura telah jelas dan konsisten dalam kedudukannya bahawa Malaysia kehilangan hak untuk mengkaji semula harga air di bawah Perjanjian Air 1962 pada tahun 1987.

Kenyataan itu muncul sebagai agensi berita Malaysia Bernama memetik Menteri Luar Malaysia Saifuddin Abdullah dalam satu wawancara berkata, “perjanjian itu menyatakan kandungan perjanjian itu boleh dikaji semula selepas 25 tahun”.

MFA memberitahu, Menteri Luar Negeri Vivian Balakrishnan di Parlimen pada 9 Julai berkata, Dr Mahathir Mohamad telah menyatakan pada tahun 2002 Malaysia tidak meminta semakan, sepatutnya mengetahui sebarang semakan juga akan memberi kesan terhadap harga air terawat yang dijual oleh Singapura kepada Malaysia. – MalaysiaGazette