Tan Sri Musa Aman
Musa Aman

KOTA KINABALU – Tan Sri Musa Aman diberi masa hingga 11 September ini untuk angkat sumpah.

Atau beliau akan kehilangan kerusinya, kata Ketua Pembangkang Sabah, Datuk Dr Jeffrey Kitingan

“Tetapi di bawah undang-undang Perlembagaan dan cadangan pengiraan, beliau ada masa sehingga 11 September untuk angkat sumpah,” katanya seperti yang dilaporkan The Star.

Bekas Ketua Menteri Sabah itu menghilang diri selepas Pilihan Raya Umum ke-15, awal Mei lalu.

Ada laporan menyatakan Musa akan kehilangan kerusi Dewan Undangan Negeri Sungai Sibuga jika beliau tidak hadir untuk sidang ketiga pada 13 dan 14 Ogos ini.

Jeffery sebelum ini mengesahkan Musa berada di London pada 17 Mei selepas mewujudkan krisis kepimpinan di Sabah.

Beliau turut dikehendaki polis berhubung dakwaan ugutan terhadap Yang Dipertua Negeri Sabah pada majlis angkat sumpah 10 Mei lalu. – MalaysiaGazette