Datuk Mahfuz Omar
Datuk Mahfuz Omar

KUALA LUMPUR – Kerajaan persekutuan masih belum memuktamadkan pelaksanaan penyamarataan gaji di seluruh negara.

Menurut Timbalan Menteri Tenaga Manusia, Datuk Mahfuz Omar walaupun perkara itu telah dibincangkan bersama-sama Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN), namun Kabinet masih belum membuat membuat keputusan.

“Untuk 100 hari ialah menyamaratakan gaji mimima antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan kita dalam proses nak menyamarataka.

“MPGN telah pun buat pertimbangan dan telah dibawa kepada kementerian dan kementerian bawa kepada Kabinet jadi kita kena tunggu keputusan,” kata Mahfuz (Pokok Sena – PH).

Beliau berkata demikian menjawab soalan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (Baling – BN) adakah kerajaan akan melaksanakan gaji minimum RM1,500 pada tahun ini.

Katanya, hanya penyamarataan gaji di seluruh negara termaktub dalam janji PH untuk tempoh 100 hari manakala penetapan gaji minimum RM1,500 untuk tempoh lima tahun. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast