Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang pegawai kanan Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu kini disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Malaysiakini melaporkan, siasatan tersebut didakwa berkaitan penerimaan wang tunai berjumlah RM800,000 daripada beberapa pihak.

Menurut laporan tersebut, perkara itu berlaku susulan bagi mengelak status muflis dalam menyelesikan masalah hutang.

Perkara itu turut disahkan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki yang menjelaskan pihaknya sedang menjalankan sisatan namun enggan mendedahkan butiran lanjut.

Berdasarkan maklumat sumber laman portal berkenaan, pegawai terbabit diisytiharkan muflis oleh Jabatan Insolvensi kira-kira empat tahun lalu.

Status itu kekal sehingga penghujung Mei lalu, apabila beberapa bayaran dikatakan dimasukkan ke dalam akaun jabatan itu oleh beberapa pihak untuk penyelesaian hutangnya. – MalaysiaGazette