Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr. Mahathir Mohamad hadir pada Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 23 JULAI 2018.
Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr. Mahathir Mohamad hadir pada Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 23 JULAI 2018.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini tidak menjawab soalan yang diajukan oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (Kubang Kerian – Pas) berhubung penggunaan bahasa Inggeris terhadap Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

Sebaliknya Dr Mahathir (Langkawi – PH) berseloroh menyifatkan kepentingan dalam berkomunikasi adalah memastikan kefahaman dua hala.

“Kadang-kadang kita guna bahasa Arab jika yang mendengar itu tidak faham. Dan terjemahan dia tak tau betul ke tak betul.

“Jadi amat penting sekali apabila kita berhubung dengan orang dalam bahasa apa pun, yang penting dia faham apa kita kata.

“Kalau dia kurang faham, kadang-kadang kita terpaksa gunalah bahasa Arab bagi orang yang pandai dalam bahasa Arab,” katanya.

Tuan Ibrahim terdahulu menanyakan soalan tambahan untuk meminta penjelasan berkaitan keputusan PDRM menggunakan bahasa Inggeris dalam taklimat dan operasi harian pasukan keselamatan itu.

SEmalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, keputusan itu dibuat selepas Perdana Menteri mengarahkan pasukan keselamatan berkenaan mempertingkatkan mutu penguasaan bahasa Inggeris setaraf dengan negara-negara lain

Isu penggunaan bahasa Inggeris itu dibangkitkan dalam soalan tambahan ketika Dr. Mahathir menjawab soalan berkaitan penggunaan bahasa kebangsaan untuk urusan rasmi kerajaan.

Tuan Ibrahim dilihat tidak berpuas hati dengan tindakan Dr. Mahathir yang menamatkan jawapannya yang tidak jelas.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast