TERKINI : “Bestinet Digantung Eksport Pekerja Nepal” – M. Kulasegaran

Syarikat pengendali Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing (FWCMS), Bestinet Sdn Bhd (Bestinet) telah digantung berkuatkuasa serta-merta daripada menguruskan kemasukan pekerja asing dari Nepal ke negara ini.

Menteri Sumber Manusia M Kulasegaran berkata, keputusan itu dibuat kerajaan susulan dakwaan syarikat swasta itu terlibat dalam eksploitasi pekerja warga Nepal itu.

Katanya berikutan insiden itu, Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Nepal akan menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dalam penyelesaian perkara berkenaan.