Keadaan helikopter jenis Robinson R-66 terhempas di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), di Subang, awal pagi tadi.
Keadaan helikopter jenis Robinson R-66 terhempas di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), di Subang, awal pagi tadi.

KUALA LUMPUR – Seorang juruterbang dan pembantu juruterbang cedera selepas helikopter jenis Robinson R-66 terhempas di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), di Subang, awal pagi tadi.

heli2
Helikopter jenis Robinson R-66 terdampar di atas padang rumput selepas terhempas ketika menjalani ujian di LTSAAS.

Ketika kejadian, kedua-dua juruterbang yang berusia 59 dan 70 tahun itu sedang membuat penerbangan ujian.

Kemalangan itu, bagaimanapun tidak menganggu operasi harian lapangan terbang tersebut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast