Trump International Hotel & Tower di Chicago. foto Agensi

ILLINOIS – Pendakwa Raya bertindak menyaman Trump International Hotel & Tower di Chicago kerana didiakwa mengambil dan melepaskan bergelen-gelen air dari sungai tanpa permit.

Hartanah itu didakwa tidak melakukan kajian ke atas ikan sungai seperti yang dikehendaki oleh undang-undang, kata Lisa Madigan dalam samannya.

Organisasi Trump menyifatkan tindakan itu sebagai politik.

Dalam e-mel yang dilaporkan oleh Reuters, jurucakap organisasi Trump, Janet Isabelli berkata, pihaknya “kecewa” dengan tindakan Madison memfailkan saman tersebut kerana ia boleh ditangani diperingkat pentadbiran.

“Kita hanya boleh menyimpulkan bahawa keputusan ini didorong oleh politik,” kata Isabelli.

Madigon yang juga Peguam Negara Illinois memfailkan tuntutan mahkamah di mahkamah pada hari Selasa.

Beliau adalah ahli Parti Demokratik dan telah menjadi pendakwa raya sejak tahun 2003.

Dalam samannya, Madigon mendakwa hotel itu telah mengambil hampir 20 juta gelen (75 juta liter) air sehari untuk penyaman udara dan sistem pengudaraannya.

Sistem sedemikian boleh menjejaskan haiwan di dalam sungai.

Selain itu, lesen yang diperlukan hartanah untuk melepaskan air yang dipanaskan kembali ke sungai didakwa telah tamat pada Ogos 2017.

“Menara Trump terus mengambil berjuta-juta galon air dari Sungai Chicago setiap hari tanpa permit dan tanpa mengambil kira bagaimana ia mungkin memberi kesan kepada ekosistem sungai,” kata Madigan dalam satu kenyataan.

“Saya memfailkan tuntutan saya untuk memastikan Trump Tower tidak dapat terus melanggar undang-undang,” tegasnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast