Datuk Mahfuz Omar
Datuk Mahfuz Omar

KUALA LUMPUR – Kementerian Sumber Manusia mensasarkan untuk memiliki 35 peratus tenaga berkemahiran menjelang 2020.

Timbalan Menterinya, Datuk Mahfuz Omar berkata, ia adalah satu lonjakan yang sedang diusahakan kerajaan berbanding bilangan tenaga mahir sedia ada 27 peratus.

“Walaubagaimanapun sasaran 35 peratus ini kecil dan masih jauh ketinggalan berbanding negara Eropah seperti Jerman yang mempunyai 85 peratus tenaga berkemahiran tinggi.

“Maka pendidikan kemahiran harus ditanam awal lagi supaya tidak sekadar belajar tetapi juga menyediakan peluang bekerja.

“Tetapi tenaga mahir yang bekerja tidak seharusnya terhenti di situ tetapi perlu dilonjak supaya menjadi tenaga mahir usahawan yang boleh melahirkan lebih ramai pekerja mahir masa depan,” katanya semasa menggulung Rang Undang-Undang Perbekalan 2018 di Dewan Rakyat di sini.

Tambah beliau, kementeriannya sedang mengadakan beberapa pertemuan untuk menyediakan satu laporan penuh berkaitan tenaga mahir melibatkan pemerkasaan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Malaysia (TVET).

Katanya kementerian komited dalam memastikan pendidikan kemahiran atau TVET tidak lagi dilihat sebagai kelayakan kelas kedua tetapi setanding dengan program ijazah pertama sedia ada di universiti awam.

“Tetapi pemerkasaan dan penyelarasan TVET serta pendidikan kemahiran ini tidak boleh dilaksanakan dalam masa singkat.

“Ia sudah pasti memakan masa yang panjang dan kita berharap misi itu akan terlaksana demi melahirkan tenaga mahir warga tempatan yang bertaraf antarabangsa,” katanya – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast