Gambar hiasan: Lebuhraya bertol

KUALA LUMPUR – Persatuan Syarikat-Syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia (PSKLM) akan terus bekerjasama dengan kerajaan untuk mencapai kata sepakat bagi kepentingan semua pihak dan kesejahteraan ekonomi.

Persatuan itu terdiri daripada ahli-ahli lebih 30 syarikat konsesi lebuh raya di Malaysia.

Kenyataan pendek itu dibuat oleh Yang Dipertuanya, Sazally Saidi susulan pengumuman penangguhan pemansuhan tol oleh kerajaan.

Dua hari lalu, Menteri Kerja Raya, Baru Bian berkata, kerajaan setuju menangguhkan cadangan menghapuskan tol sehingga keadaan ekonomi stabil.

Ppenangguhan itu dipersetujui selepas kerajaan menimbangkan kesan pemansuhan terhadap kedudukan kewangan negara.

Katanya, pemansuhan tol di negara ini akan menyebabkan kerajaan membayar pampasan melebihi RM400 bilion kepada syarikat konsesi tol. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast