Real Madrid tunduk
Atletico Madrid berjaya menjulang Piala UEFA Super dengan menewaskan Real Madrid 4-2 semalam.

MADRID – Atletico bangkit pada masa tambahan selepas 90 minit untuk menundukkan Real Madrid 4-2 dan menjulang Piala Super UEFA malam tadi.

Dalam aksi mendebarkan di Stadium A.Le Coq Arena Diago Costa meletakkan Atletico di hadapan seawal 52 saat.

Namun Gareth Bale menafikan gol lawan dengan menjaringkan gol penyamaan pada minit ke 27.

Kemudian the Galacticos mendahului Atletico menerusi gol Sergio Ramos pada minit ke-63 menerusi sepakan penalti.

Namun Atletico bertindak pantas menyamakan kedudukannya terikat 2-2 pada minit ke-79 sehingga 90 minit pertama tamat.

Perlawanan diheret ke masa tambahan dan gol berkelas dunia Saul Niguez pada minit ke-98 dan Koke (104) berjaya melanyak juara bertahan Liga Juara-juara Eropah itu dengan keputusan 4-2.

saul atletico
Gol Saul pada minit tambahan ke-104 berjaya membantu Atletico menjulang piala UEFA Super.

Keputusan itu menyaksikan skuad bimbingan Diego Simeone Atletico Madrid menjulang Piala Super UEFA dan koleksi peribadi ketujuh untuk Simeone bersama Atletico.

Atletico merupakan pemenang Liga Eropah pertama yang menjulang Piala UEFA Super.

Julen Lopetegui muncul sebagai pengurus pertama Real Madrid membolos empat gol selepas Michael pada Februari 1948.

Gol Diego Costa merupakan gol terpantas yang pernah dijaringkan dalam aksi Piala UEFA Super (49 saat).- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast