Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan bertemu sekali lagi dengan Menteri Pengangkutan Singapura Khaw Boon Wan esok untuk meneruskan rundingan mengenai projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) KL-Singapura.
Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan bertemu sekali lagi dengan Menteri Pengangkutan Singapura Khaw Boon Wan esok untuk meneruskan rundingan mengenai projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) KL-Singapura.

KUALA LUMPUR – Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan bertemu sekali lagi dengan Menteri Pengangkutan Singapura Khaw Boon Wan esok untuk meneruskan rundingan mengenai projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) KL-Singapura.

“Kami akan mengadakan mesyuarat susulan tengah hari esok di Putrajaya selepas mesyuarat Kabinet,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri pelancaran hospital pakar Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Mohamed Azmin berkata pertemuan beliau sebelum ini dengan Khaw pada Sabtu lepas membawa hasil yang baik dan sangat produktif sambil menambah beliau telah menyuarakan pendirian Malaysia mengenai HSR.

“Beliau (Khaw) telah mengambil kira pendirian kita dan akan membawakan perkara itu kepada mesyuarat kabinet Singapura. Saya dimaklumkan mesyuarat itu akan diadakan tidak lama lagi,” katanya.

Bulan lepas, Malaysia berkata ia akan menangguhkan pelaksanaan projek HSR, menghubungkan Kuala Lumpur dengan Singapura yang menelan kos kira-kira RM110 bilion, disebabkan kekangan sumber kewangan.

Selepas membawa Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum ke-14, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah membatalkan beberapa projek prasarana mega yang menelan kos tinggi serta menangguhkan beberapa projek lain dalam usahanya untuk memulihkan kewangan Malaysia ekoran hutang tinggi kerajaan.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast