TERKINI : Perlu Nilai Semula Mansuhkan Tol – Tony Pua

Pegawai Khas kepada Menteri Kewangan, Tony Pua mengeluarkan pendirian yang bercanggah dengan Menteri Kerja Raya, Baru Bian berhubung jumlah pampasan pemansuhan tol.

Ahli Parlimen Damansara itu berkata, jumlah RM400 bilion yang disebut Baru Bian adalah tidak benar dan yakin ia lebih rendah daripada jumlah itu dan kerajaan perlu membuat pengiraan semula.

“Angka RM400 bilion itu adalah angka kerajaan dahulu ambil kira pampasan konsesi termasuk keuntungan masa depan.

“Buat masa ini kita tiada rancangan untuk buat begitu (ambil alih konsesi). Kita akan bayar pampasan tertakluk pada kadar yang termaktub dalam kontrak iaitu kos bina lebuh raya tidak termasuk keuntungan masa depan.