KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi hari ini mengambil petunjuk daripada kenaikan di Wall Street Jumaat lalu selain keyakinan ke arah kemungkinan rundingan perdagangan yang positif antara Amerika Syarikat (AS) dan China.
Pada 9.05 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengukuh 0.51 mata pada 1,783.98 berbanding 1,783.47 penutup Jumaat.
Indeks itu dibuka 0.96 mata lebih kukuh pada 1,784.43. – MalaysiaGazette