Khairul Azwan Harun Zahid UMNO kuat
Khairul Azwan Harun

KUALA LUMPUR – Seorang Ahli Dewan Negara hari ini mengingatkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) agar tidak mencipta seribu alasan sekiranya pelaksanana Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) pada 1 September depan tetap mengakibatkan harga barang terus meningkat.

Menurut Senator Khairul Azwan Harun, kerajaan PH pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad tidak boleh sama sekali terus menggunakan faktor minyak antarabangsa atau kos meningkat yang menyebabkan berlaku kenaikan harga barang.

“Rakyat tidak sanggup lagi dan mahu mendengar dengan semua ini walaupun ketelusan adalah melalui sistem GST berbanding SST.

“Tidak mengapa, kita terima sebab mandat rakyat kepada PH, tetapi jangan apabila barang meningkat kelak, diguna pakai semula kerana yang menjadi mangsa adalah rakyat,” katanya dalam sidang Dewan Negara hari ini.

Azwan mengambil bahagian dalam siri perbahasan Rang Undang-undang (RUU) Cukai Jualan 2018 bagi memastikan samada RUU ini diluluskan atau tidak.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkali-kali berjanji bahawa pelaksanana SST tidak akan menyebabkan harga barang naik sewenang-wenangnya.

Jelas Guan Eng, hal itu kerana kerajaan melihat impak pelaksanaan SST adalah lebih ringan berbanding Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada 2015 lalu. -MalaysiaGazette