Video tarian yang dikecam netien. foto Instagram Aliff Syukri.

KUALA LUMPUR – Bekas pelakon, Wardina Safiyyah membidas aksi dalam video selebriti Indonesia yang didakwa transgender, Lucinta Luna, pengusaha kosmetik Nur Sajat serta jutawan Datuk Aliff Syukri Kamarzaman.

Merusi klip video yang dimuat naik di media sosial itu ketiga-tiga mereka, tarian yang ditonjolkan yang diiringi lagu Bobo Di Mana seolah sengaja menggoyangkan buah dada Lucinta dan Nur Sajat.

Justeru, Wardina menggesa Aliff Syukri memadamkan video berkenaan kerana beranggapan aksi dipamerkan amat tidak bersesuaian menjadi tatapan umum.

“Di hari-hari paling mulia bagi umat Islam, tersebarnya video begini. Maaf Dato’… saya sayangkan Dato dan Datin sekeluarga kerana Allah.

“Ini terlalu melampau. Terlalu bodoh dan amat meloyakan. Mohon Dato padam video IG wanita yang menari sambil menggoyangkan buah dadanya ke atas dan ke bawah,” katanya di laman Facebook hari ini.

Menerusi Instagram milik Aliff Syukri, beliau berkata, tarian berkenaan bertujuan mempromosi lagu Bobo Di Mana.

Mengulas lanjut, Wardina berkata pada awalnya dia enggan memberikan sebarang komen megenai klip itu.

Disgusting (menjijikkan). Saya kalau boleh memang tak nak komen, tapi video ni macam keterlaluan pulak rasanya. Ni pun sepuluh kali pikir nak post ke tak,” katanya lagi.

Menurut pelakon siri komedi Spanar Jaya itu, seseorang yang mempunyai kekayaan seperti Aliff Syukri tidak perlu mencari publisiti murahan, sebaliknya wajar menyebarkan maklumat berfaedah kepada masyarakat.

“Maafkan saya. Saya tahu Dato kaya. Saya rela tak kaya dari kaya tapi terpaksa buat benda begini.

“Nauzubillah. Moga Dato dapat refleksi diri dan cari cara memandaikan masyarakat kita bukan sebaliknya wallahualam,” katanya.

Bagaimanapun, komen itu dibuat Wardina sebelum dia maklum mengenai jantina kedua-dua selebriti berkenaan.

“Saya baru dapat tahu mereka bukan wanita. Saya pernah lihat perkara lebih bodoh sebelum ini.

“Tetapi saya rasakan dia sudah melampau batas di sini. Dato tak perlu buat begini Dato…

“Saya masih boleh terima Dato Vida… tetapi this is another level (ini sudah tahap lain),” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast