Kedudukan struktur jambatan yang runtuh.

ROM – Angka kematian akibat jambatan runtuh di Genoa, Itali mencecah kepada 43 orang selepas tiga lagi mangsa dibawa keluar dari runtuhan.

Ketiga-tiga mayat mangsa dari satu keluarga itu ditemui dalam sebuah kereta yang remuk.

Mereka adalah individu terakhir yang dilaporkan hilang dalam tragedi itu.

Seksyen Jambatan Morandi yang setinggi 200 meter itu jatuh 45 meter bersama-sama dengan beberapa kenderaan lain ketika lalu lintas sibuk.

Kerajaan Itali telah menubuhkan satu suruhanjaya bagi menyiasat kejadian yang menyebabkan kemarahan anggota keluarga yang terlibat.

Sementara itu, syarikat yang mengendalikan jambatan berkenaan berkata, pihaknya akan menempatkan beberapa penduduk yang terletak berhampiran dengan struktur jambatan yang runtuh. – MalaysiaGazette