KOTA KINABALU – Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) mengesahkan objek bercahaya yang melintasi ruang atmosfera yang disusuli dentuman kuat di Sabah semalam adalah batuan dari angkasa lepas yang memasuki atmosfera bumi disebabkan tarikan graviti bumi.

ANGKASA dalam kenyataan di sini hari ini berkata pada kebiasaannya batuan meteor itu berasal daripada serpihan asteroid yang bersaiz lebih kecil iaitu kurang dari O.5 meter persegi.

“Apabila memasuki ruang atmosfera bumi dengan kelajuan yang tinggi batuan itu bergesel dengan partikel di atmosfera bumi dan menghasilkan haba yang menyebabkan ia terbakar dan bercahaya,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu bunyi dentuman yang kuat mungkin disebabkan batuan panas itu meletup di ruang atmosfera iaitu selepas beberapa saat cahaya meteor tersebut hilang.

Hasil daripada letupan berkenaan batuan meteor tersebut akan berkecai menjadi debu atau serpihan kecil yang berkemungkinan akan jatuh ke bumi.-BERNAMA

1 Komen

Comments are closed.