Cawangan Affin Bank di MyTown

KUALA LUMPUR – Affin Bank Berhad (Affinbank) telah membuka cawangan konsep baharu yang pertama di MyTown Shopping Centre.

Rangkaian cawangan terbaharu itu menggabungkan inovasi digital dengan pengalaman cawangan tradisional

Pengarah Perbankan Pengguna Affin Bank, Idris Abd Hamid berkata, cawangan itu menawarkan aAkses dalam talian dan Wi-Fi percuma untuk para pelanggan, peranti digital interaktif yang membolehkan para pelanggan melayari maklumat mengenai produk dan perkhidmatan bank, paparan media bagi membolehkan pelanggan melihat maklumat mengenai bank, liputan pasaran secara langsung, berita global dan domestik cuaca dan waktu tempatan dan antarabangsa.

Ia juga menampilkan duta- duta digital untuk menawarkan aktiviti jualan dan memberi khidmat nasihat untuk kemudahan pelanggan.

Cawangan bahari ini mudah diakses menerusi perkhidmatan Mass Rapid Transit (MRT) di Stesen MRT Cochrane.

Ia akan beroperasi dari jam 10 pagi hingga 10 malam setiap hari, 7 hari seminggu. – MalaysiaGazette