Rina Mohd Harun
Menteri Pembangunan Luar Bandar, Rina Mohd Harun

TUMPAT – Pembatalan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) tidak akan menjejaskan kegiatan ekonomi dan peluang pekerjaan di tiga negeri laluan utama projek tersebut, kata Menteri Pembangunan Luar Bandar Rina Harun.

Sebaliknya kata beliau banyak peluang pekerjaan  boleh diwujudkan tanpa bergantung kepada ECRL semata-mata.

“Memang diakui ECRL ini boleh tambah peluang pekerjaan tetapi sebenarnya banyak peluang lain boleh dicipta tanpa ECRL ini.

“Banyak cara untuk wujudkan peluang pekerjaan, tambah pendapatan rakyat, tidak semestinya perlu bergantung pada ECRL semata-mata,” katanya  kepada pemberita pada Program Kenduri Sekampung bersama Srikandi di dewan futsal Kampung Geting di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kelantan Datuk Kamaruddin Md Nor.-BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast