Tan Sri Musa Aman
Musa Aman

PUTRAJAYA – Pihak berkuasa harus menyiasat kes bekas ketua menteri Sabah Tan Sri Aman secara adil dan tidak memihak kepada sesiapa, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri  Datuk  Liew Vui Keong.

Beliau berkata ini adalah kerana laporan yang polis dibuat oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin tentang dakwaan ancaman pelantikan Ketua Menteri pada 10 Mei oleh Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Sibunga itu adalah sangat serius.

“Peruntukan undang-undang hendaklah dikenakan secara sama rata terhadap ADUN Sungai Sibuga itu yang kini telah kembali ke Malaysia.

“Tidak harus ada sebarang jangkaan dikenakan terhadap beliau (Musa),” kata Liew yang bertanggung-jawab terhadap undang-undang dalam satu kenyataan hari ini.

Musa kembali  ke tanah air apabila tiba di lapangan terbang Sultan Abdul Aziz Shah Subang  dari  lapangan terbang Seletar di Singapura pada 6.45 petang Selasa.

Beliau dilapor meninggalkan negara ke London pada 17  Mei  bagi mendapatkan rawatan perubatan.- BERNAMA