CANBERRA – Tiga menteri kanan Australia bertindak menghantar surat peletakan jawatan serta merta berikutan ‘hilang kepercayaan’ terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Malcolm Turnbull.

Agensi melaporkan, ketiga-tiga menteri itu juga bertindak menggesa Turnbull untuk segera mengadakan undian kepimpinan kedua kerana mendakwa beliau sudah hilang sokongan majoriti dalam Parti Liberal.

Selasa lepas, Turnbull hanya mendapat sebanyak 48 undian menentang bekas Menteri Dalam Negeri, Peter Dutton yang hanya mendapat 38 undi.

Dutton sejak itu meminta untuk mengadakan undian kedua diadakan untuk menentukan ‘pemenang’ sebenar yang dikatakan mendapat sokongan lebih besar daripada Parti Liberal.

Antara yang meletak jawatan termasuk Menteri Kewangan, Mathias Cornmann kerana percaya Dutton jauh lebih ‘layak’ untuk mengetuai kerajaan menjelangnya Pilihan Raya Umum pada Mei 2019 kelak.

“Kita perlukan perubahan dan itu adalah reality sebenar. Saya tidak dapat abaikan hakikat ini. Parti Liberal juga perlukan perubahan.

“Dalam masa terdekat, akan ada lima lagi Menteri yang akan bertindak meletak jawatan dalam masa terdekat,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan surat peletakan jawatan beliau.

Reuters melaporkan, terdapat khbar mengatakan berkemungkinan besar Turnbull tidak akan menyertai undian kedua sekaligus memberikan laluan kepada Ketua Perbendaharaan Australia, Scott Morrison.

Walaupun setakat ini, Morrison menyokong Turnbull namun umum juga sedia maklum beliau juga mempunyai cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri Australia.

Siapa sahaja yang muncul sebagai Perdana Menteri Australia berikutnya, akan memegang jawatan ketujuh dalam tempoh sedekad.

Dengan kepimpinan Liberal dalam keadaan tidak menentu, kerajaan menggantung parlimen dewan rendah sehingga 10 September ini. – Malaysia Gazette