TERKINI : Kos RM8 juta Untuk Pembaikan Jalan di Balakong – Wong Siew Ki

Calon Pakatan Harapan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Balakong, Wong Siew Ki berkata, sebuah syarikat pemaju swasta telah mengambil tanggungjawab melaksanakan projek menaik taraf jalan itu.

“Masalah aliran trafik yang sentiasa menyukarkan urusan harian penduduk di sini diyakini selesai dengan terlaksananya projek penarafan laluan tersebut.

“Projek itu telah diluluskan oleh Jabatan Kerja Raya yang akan dilaksanakan sepenuhnya oleh pemaju swasta Parkland Group dengan kos RM8 juta dalam akan siap dalam masa dua tahun lagi,” katanya dalam sidang media berkaitan isu itu di sini.