KUALA LUMPUR – Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka kukuh minggu depan, berikutan jangkaan pasaran tunai pendasar yang bulis, kata seorang peniaga.

Peniaga itu berkata pasaran dijangka ditentukan oleh faktor-faktor luaran termasuk kekukuhan momentum ekuiti global dan penurunan harga minyak mentah dunia.

“Bagaimanapun, kita menjangkakan aktiviti belian saham berharga murah dalam saham permodalan kecil yang akan membantu meningkatkan indeks lebih tinggi,” katanya.

Bagi minggu yang baru berakhir ini, pasaran niaga hadapan itu tinggi sejajar dengan pasaran tunai pendasar yang positif.

Pasaran ditutup pada Selasa sempena cuti sambutan Hari Raya Aidiladha.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, kontrak Ogos 2018 naik 22.5 mata kepada 1,802.0, September 2018 meningkat 20.5 mata kepada 1,794.5, Disember 2018 menokok 18 mata kepada 1,790.5 dan bulan jauh Mac 2019 menambah 17.5 mata kepada 1,786.5.

Jumlah dagangan minggu ini berkurangan kepada 27,530 lot daripada 34,544 lot, manakala kepentingan terbuka susut kepada 6,476 kontrak daripada 27,459 kontrak sebelumnya.

Petunjuk pasaran pendasar FBM KLCI naik 25.12 mata kepada 1,808.59 daripada 1,783.47 pada minggu sebelumnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast