TEHRAN – Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud melanda barat Iran awal hari ini.

Gegeran dirasai kira-kira 88 kilometer ke barat barat laut Kermanshah, kata Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Televisyen Iraq melaporkan, pusat gegaran pada kedalaman 9.6 kilometer dan gegaran dirasai sehingga ke Baghdad.

Media tempatan Iran turut melaporkan beberapa bangunan runtuh dan pesakit yang cedera dikejarkan ke hospital.

Perkara sama turut dikongsikan netizen di media sosial apabila ada yang memuatnaik keadaan selepas gempa bumi yang melanda di kawasan berkenaan yang belum disahkan kesahihan.

November lalu, kawasan gempa itu menyebabkan kira-kira 600 terkorban dan ratusan lain cedera. – MalaysiaGazette