Foto Instagram Serina.

KUALA LUMPUR – Gara-gara seorang wanita mendakwa produk jus durian belanda keluaran Serina Redzuawan menjadi punca kematian ibu saudaranya baru-baru ini, pelakon itu tampil menjelaskan keadaan.

Wanita itu mendedahkan ibu saudaranya telah berhenti melakukan rawatan kimoterapi akibat dinasihati jurujual produk keluaran pelakon tersebut dan akhirnya meninggal dunia.

Berpegang prinsip berani kerana benar, Serina menafikan dakwaan tersebut menerusi sebuah entri di Instagram.

“Masya Allah, ada juga yang busuk hati nak sabotaj bisnes saya, individu ini menuduh kononnya produk keluaran saya menjadi punca kematian ibu saudaranya.

“Ibu saudara individu ini meninggal pada tahun 2015 manakala produk saya mula dikeluarkan pada tahun 2017, secara logiknya dakwaan itu memang tidak benar,” tulis Serina.

Pada masa yang sama, Serina menyarankan individu terbabit agar berhenti menyebarkan fitnah terhadap produk keluarannya dan menyifatkan ia sebagai sabotaj yang tidak berasas. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast