Usahawan Pollo Mendi, En. Mohd Fadzil Hashim (kiri) dan Pengacara, Dato AC Mizal (kanan) menunjukkan jenis-jenis makanan
Usahawan Pollo Mendi, En. Mohd Fadzil Hashim (kiri) dan Pengacara, Dato AC Mizal (kanan) menunjukkan jenis-jenis makanan "ready to eat" (RTE) selepas sidang media berkenaan Syarikat penyedia makanan Pollo Mendi "Pollo Mendi" sempena majlis mengumumkan Dato AC Mizal sebagai rakan kongsi baharu. foto MIRZA HASIM, 27 OGOS 2018

SUBANG JAYA – Syarikat penyedia makanan Pollo Mendi melantik selebriti, Datuk AC Mizal sebagai rakan kongsi baharu syarikatnya.

AC Mizal akan bertangungjawab untuk membangun strategi pemasaran dan pembangunan jenama Pollo Mendi.

Pollo Mendi merupakan syarikat yang diasaskan oleh Mohd Fadzil Hashim yang merupakan usahawan yang terkenal dengan jenama pendidikan Brainy Bunch.

Pollo Mendi merupakan pengendali restoran penyedia makanan Arab dan Itali bersama beberapa menu khas makanan terbaik Malaysia.

Dalam satu kenyataan, konsep gabungan unik adalah bertujuan untuk memberi variasi pilihan makanan kepada seisi keluarga dalam suasana yang selesa dan esklusif yang telah beroperasi sejak tahun 2015.

Mohd Fadzil berkata, selain menyajikan makanan fine cuisine yang sedap dan halal, tujuan penubuhan Pollo Mendi adalah untuk membantu golongan bumiputera untuk memiliki perniagan restoran mewah yang mampu milik.

Menurutnya, Pollo Mendi merupakan hasil kaji selidik yang telah dilakukan ke atas restoran-restoran mewah yang kebanyakannya terlalu mahal untuk dimiliki oleh golongan bumiputera.

Antara kelebihan tambahan Pollo Mendi ialah semua makanannya dibekalkan sepenuhnya oleh central kitchen sendiri yang terletak di Puchong yang mempunyai sijil halal demi menjaga rasa dan kualiti makanan itu sendiri.

“Konsep ini akan memudahkan rakan niaga kerana mereka tidak perlu menghabiskan masa untuk ke pasar atau memasak barang mentah yang banyak.

“Dapur sentral ini menggunakan teknologi blast freeze dan blast chill bagi mengekalkan standard rasa dan kualiti makanan,” katanya lagi.

Selain dari Restoran Pollo Mendi juga mempunyai food truck dan akan melancarkan model kiosk untuk dikembangkan.

Pollo Mendi juga kini memasarkan beberapa produk sejuk beku melalui rakan usahawan strategik.

“Dengan bantuan AC Mizal yang mempunyai kekuatan dalam pemasaran dan penjenamaan, Pollo Mendi akan mampu berkembang dengan lebih baik,” kata Mohd. Fadzil.

AC Mizal kini mempunyai sebanyak 1.1 juta follower di Instagram dan mempunyai hubungan yang rapat dengan seebriti terkenal di Malaysia.

Sementara itu, menurut AC Mizal, faktor utama yang membuatkan beliau bersetuju untuk menjadi rakan kongsi ialah kerana makanannya semua sedap dan halal.

“Faktor kedua adalah tujuan utama Pollo Mendi untuk membantu golongan bumiputera bagi memiliki restoran mewah pada harga mampu milik yang mempunyai sistem operasi yang tersusun,” katanya.

Keunikan Pollo Mendi, kata AC Mizal, kerana pemilik perniagaan boleh memilih untuk tidak terlibat dalam urusan harian.

“Ianya akan di tadbir oleh pengurusan korporat Pollo Mendi sendiri. Sebagai Pengarah Pemasaran Pollo Mendi tugas utama saya ialah bagi memastikan restoran Pollo Mendi ini akan mempunyai sekurang-kurangnya 50 cawangan dalam tempoh lima tahun,” katanya.

Disamping itu, pihaknya juga akan melancarkan semula projek Rakan Usahawan Eeman RTE iaitu makanan berasakan ayam yang dimasak dalam lima jenis masakan.

“Ini adalah salah satu inisiatif kita bagi membantu masyrakat di luar sana yang ingin mencari pendapatan sampingan,” ujarnya.

Untuk makluman lanjut berkenaan peluang-peluang perniagaan bersama Pollo Mendi dan Eeman RTE sila hubungi Encik Fazli di talian 019-271 8445.

Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi Hailmy di talian 019-268 0604 atau email ke [email protected] MalaysiaGazette