Kerja-kerja pembersihan giat dijalankan di Masjidil Haram oleh 4,000 pekerja. foto Youtube

MAKKAH – Kerja-kerja pembersihan di Masjidil Haram dimulakan selepas musim haji berakhir.

Pembersihan permaidani dan lantai serta persekitaran masjid itu  membabitkan 4,000 orang pekerja yang diselia oleh 275 orang kakitangan.

Ketua Pengarah Hal-Ehwal Perkhidmatan, Muhammad Al-Jabri berkata, sejumlah 2,247 tan sampah dikutip di kawasan masjid berkenaan.

Sejumlah 1,000 mesin digunakan untuk kerja-kerja pembersihan.

“Kerja-kerja pembersihan dilakukan sepanjang har dengan tiga jadual kerja,” katanya.

Menurutnya banyak permaidani digunakan di dalam masjid itu bagi mengelakkan para jemaah tergelincir.

Sebanyak 70 mesin digunakan untuk menyedut air yang digunakan untuk membasuh lantai. – MalaysiaGazette