KUALA LUMPUR – Lebuh raya Maju Expressway Sdn. Bhd menawarkan laluan tol percuma pada 31 Ogos ini sempena Hari Kebangsaan.

Pada tahun ini, sambutan Hari Kebangsaan akan diadakan di Putrajaya.

Tol percuma itu untuk semua kelas kenderaan bermula 12 tengah malam hingga 11.59 malam pada hari yang sama.

Menurutnya, laluan percuma itu dijangka memberi manfaat kepada 110,000 orang pengguna. – MalaysiaGazette.