Bangunan Sri Pentas di Bandar Utama di sini, dikosongkan baru-baru ini susulan panggilan ancaman bom, namun pihak polis mengesahkan tiada objek mencurigakan ditemui.
Bangunan Sri Pentas di Bandar Utama di sini, dikosongkan baru-baru ini susulan panggilan ancaman bom, namun pihak polis mengesahkan tiada objek mencurigakan ditemui.

PETALING JAYA – Bangunan Sri Pentas di Bandar Utama di sini, dikosongkan malam tadi susulan panggilan ancaman bom, namun pihak polis mengesahkan tiada objek mencurigakan ditemui.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din berkata pihaknya menerima panggilan mengenai ancaman bom berkenaan pada 10.12 malam daripada seorang lelaki.

Berikutan itu, sepasukan unit bom Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor dikejarkan ke lokasi.

“Tindakan polis mengarahkan kesemua staf keluar dan pemeriksaan mendapati tiada sebarang objek yang mencurigakan ditemui. Ini hanyalah panggilan palsu,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Mohd Zani berkata kesemua kakitangan di Sri Pentas dibenarkan masuk kembali ke bangunan itu pada kira-kira 1.30 pagi.

Kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana membuat ugutan jenayah.

— BERNAMA

Ancaman bom di Sri Pentas

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast