gambar
Gambar hiasan

BANGKOK- Harga saham pengendali-pengendali hospital di Thailand mengalami lonjakan tahun ini dan dianggap perniagaan paling bernilai dalam mana-mana pasaran negara pesat membangun.

Saham Bangkok Dusit Medical Services Plc meningkat 29 peratus pada tahun 2018 disokong oleh peningkatan permintaan dari warga tua di Thailand di samping peningkatan dalam sektor pelancongan kesihatan.

Ini telah meningkatkan nilai pasaran kepada AS$13 bilion, mengatasi IHH Healthcare Bhd., dari Malaysia sekaligus merampas kedudukan sebagai syarikat terbesar di antara negara-negara membangun.

Di sebalik rali tersebut, para pelabur tetap percaya masih ada ruang untuk harga saham untuk terus meningkat.

“Penjagaan kesihatan awam masih tidak mencukupi dan ini akan terus menyokong peningkatan pendapatan Bangkok Dusit kerana Thailand mempunyai ramai warga emas,” kata Ketua Pegawai Pelaburan Aberdeen Standard Investments yang berpangkalan di Bangkok, Adithep Vanabriksha.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, jumlah penduduk Thailand yang berusia 60 tahun atau lebih akan meningkat lebih dua kali ganda kepada 23 juta menjelang 2050 atau kira-kira 37 peratus daripada unjuran keseluruhan populasi negara berkenaan.

Kekurangan kemudahan kesihatan yang diuruskan kerajaan memberikan lebih banyak insentif kepada pengendali swasta.

Dalam pada itu, Thailand juga menjadi destinasi utama di Asia bagi pelancongan kesihatan disebabkan mempunyai rawatan berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan selain mempunyai banyak tarikan.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast