TERKINI : Titik Reformasi Hidup Baharu MCA di Balakong – Tiong Lai

MCA akan memulakan hidup baharu dari sifar menggunakan deklarasi Balakong dengan logo dan lambang parti sendiri dalam mengembalikan kepercayaan rakyat.

Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, kehidupan baharu MCA yang telah dimulakan dari Pilihan Raya Kecil Balakong kali ini adalah transformasi bersifat rumit dan perlu dijalankan jauh ke dalam semua bahagian dan cawangan parti di seluruh negara dari akar umbi.

Katanya analisis menyeluruh serta siri berinteraksi dengan akar umbi selama tiga bulan ini selepas kekalahan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dapat sedar bahawa parti ini masih mempunyai sokongan utuh majoriti ahli yang masih taat setia.