WASHINGTON – Presiden Donald Trump telah memberi amaran kepada Google, Twitter dan Facebook selepas baru-baru ini mendakwa firma-firma media sosial itu bias terhadap politik dan dalam tapisan maklumat yang dikeluarkan.
Trump berkata, firma-firma itu perlu berhati-hati selepas Google didakwa tidak jujur dalam hasil carian untuk ‘berita Trump’.
Bagaimanapun, Google berkata, ia tidak ada agenda politik dan juga tidak biasa terhadap mana-mana ideologi politik.
Seorang pegawai berkata, White House sedang melihat perkara itu dengan pertimbangan undang-undang.
Bercakap kepada pemberita di White House, Trump berkata, Google telah mengambil terlalu banyak peluang daripada ramai orang dan ia merupakan perkara serius.
Sambil menambah nama Facebook dan Twitter, Trump mengingatkan media-media sosial itu lebih berhati-hati kerana perkara seumpama itu tidak boleh dilakukan.
Malah, dakwa Trump, beliau menerima banyak aduan.
Namun, Presiden Amerika Syarikat itu tidak menjelaskan tindakan yang akan diambil ke atas Google, Facebook dan Twitter.
Semalam, Donald Trump menuduh Google mempromosikan artikel berita negatif dan menyembunyikan liputan “media yang adil” kepadanya.
Lantaran itu, Trump berikrar untuk menangani situasi tersebut tanpa memberikan bukti atau memberikan butiran tindakan yang mungkin diambilnya. – MalaysiaGazette