Foto Instagram Sharnaaz Ahmad.

KUALA LUMPUR – Pelakon Sharnaaz Ahmad akhirnya bergelar bapa selepas selamat menimang cahaya mata pertama pagi tadi.

Berita gembira itu dikongsi di Instagram miliknya dengan memuat naik sekeping foto melihatkan dia sebagai bapa seperti sedang azan di telinga anaknya.

Lebih manis lagi, aktor drama Kerana Aku Tak Cinta ini berkongsi tarikh lahir ke-32 yang sama dengan anak sulungnya itu.

“Alhamdulillah syukur pada Allah yg maha kuasa. Hari ini pada jam 9.01 pagi, 30/08/2018 lahirlah anak pertama kami @noornabila,” tulisnya. – MalaysiaGazette