Bekas Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak Pengetua Pusat Darul Quran Ittifaqiyah, Ustaz Mohd Zahid Mahmood bergambar kenangan sambil mengibarkan bendera Jalur Gemilang bersama pelajar-pelajar Tahfiz Darul Quran Inttifaqiyah dan penduduk setempat pada Majlis Tahlil dan Solat Hajat sempena Hari Kemerdekaan Ke-61 di Pusat Tahfiz Darul Quran Inttifaqiyah, Jalan Keramat Hujung, Datuk Keramat, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 30 OGOS 2018

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil kesempatan untuk menyambut ambang kemerdekaan bersama pelajar-pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang disifatkan sangat dekat dengan hatinya.

Najib yang hadir jam 7.20 petang, turut mendirikan solat jemaah Maghrib dan Isyak serta menghadiri majlis bacaan yasin dan tahlil bagi mengenang tragedi hitam pada September tahun lalu.

Najib yang lengkap mengenakan baju Melayu berwarna coklat dilihat tenang bersama kira-kira 50 pelajar tahfiz berkenan.

Bacaan yasin dan tahlil diketuai oleh pengetua Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Ustaz Mohd Zahid Mahmood.

Pada September tahun lalu, nama pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah menjadi tumpuan apabila berlakunya tragedi kebakaran di sekolah berkenaan yang mengorbankan 23 nyawa termasuk dua tenaga pengajar. -MalaysiaGazette