KUALA LUMPUR – Penyanyi remaja, Ismail Izzani kembali menjadi kontroversi apabila foto mesranya memeluk aktres Zarina Ann Joulie dipercayai di sebuah kelab malam kini tersebar di Twitter.
Foto itu pada awalnya dimuat naik oleh rakan baik Zarina, 32, iaitu Fathia Latiff di Instagramnya.
Fathia difahamkan meminta penyanyi lagu Luar Biasa itu menghubungi pelakon drama Anak Pontianak tersebut.
“@ismailizzani call her now!,” tulis Fathia pada bahagian kapsyen gambar itu.
Bagaimanapun tidak dapat dipastikan motif Fathia meminta penyanyi remaja itu menghubungi Zarina.
Namun Fathia telah memadam gambar tersebut tidak lama kemudian selepas pengikutnya menghentam Zarina yang berpakaian seksi dalam foto berkenaan.
Ini kerana Zarina telah berhijab sejak beberapa tahun lalu. – MalaysiaGazette