Kim Jong-Nam
Sepaasukan Letupan Nuklear, Biologi, Radiologi dan Kimia (CBRNe) Makmal Forensik PDRM, Team AZMAT dan CBRNe Bomba dan Penyelamat serta Pasukan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) memulakan operasi mengesan bahan toksik dan kimia di sekitar kawasan kematian Kim Jong-Nam yang mati dibunuh pada 13 februari lalu di KLIA2, Sepang. foto MOHD HAZROL ZAINAL, 26 FEBRUARI 2017.

KUALA LUMPUR – Polis sedang memburu dua individu wanita yang dikehendaki sebagai saksi dalam perbicaraan kes bunuh Kim Jong Nam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, polis memerlukan penama wanita terbabit untuk hadir bagi menjadi saksi bagi perbicaraan kes bunuh Kim Jong-Nam di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

WhatsApp Image 2018-09-01 at 10.44.03
Raisa Rinda Salma

“Dua Individu terbabit dikenali sebagai Raisa Rinda Salma, wanita,
warganegara Indonesia, umur 24 tahun dan pemegang passport bernombor No. B2421541.

‘Saksi kedua yang dikehendaki ialah Dessy Meyrisinta, wanita, warganegara Indonesia, umur 33 tahun dan memegang passport bernombor No. B0464727.

“Kedua-dua saksi ini tidak dapat dihubungi buat masa ini,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

WhatsApp Image 2018-09-01 at 10.44.40Fadzil memohon bantuan orang ramai supaya memberikan maklumat dengan segera sekiranya mengenali kedua-dua wanita itu.

“Kepada sesiapa yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai penama ini diminta untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan, Asisten Superintendan Wan Azirul Nizam di talian 017-655 6575 dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Sepang atau dimana-mana balai polis berhampiran,” tegas beliau.-MalaysiaGazette