Ramli Sarip
Ramli Sarip

JOHOR BAHRU – Konsert Amal Doa Buat Kekasih di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, di sini, malam ini, berjaya meraih dana RM2.31 juta bagi membantu pesakit kanser.

Konsert anjuran Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor (YKTLJ) dengan kerjasama Rasa Karya Music Sdn Bhd dan MG Network itu dijayakan tiga penyanyi tanah air iaitu Datuk Ramli Sarip, Dayang Nurfaizah serta Ayai Ilusi.

Berangkat menyaksikan konsert, Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah, yang juga penaung YKTLJ.

Turut berangkat, isteri Tunku Mahkota Johor, Che’ Puan Khaleeda Bustamam, Tunku Temenggong Johor Tunku Idris, Tunku Puteri Johor Tunku Tun Aminah, Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman dan Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar.

Hadir sama, Anggota Lembaga Pengarah YKTLJ Datuk Ismail Karim, Ketua Pegawai Eksekutif YKTLJ Mohd Anizam Jamian serta 100 pesakit kanser.-BERNAMA