Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menempelak Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong yang menuding jari kepada UMNO selepas kekalahan parti itu pada pilihan raya baru-baru ini.
Wee Ka Siong

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang dikuatkuasa semalam tidak pun menurunkan harga barangan sebagaimana yang diberi jaminan oleh Kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini.

Realitinya, harga barangan masih naik.

Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, kalau pergi ke kedai tayar sekarang pengguna akan dikenakan caj 10 peratus untuk beli tayar dan enam peratus untuk cukai perkhidmatan.

Menurutnya, enam campur 10 adalah 16 peratus tetap 16 peratus, meskipun Kerajaan Pakatan Harapan berkata, 10 campur 6 bukan 16 peratus.

Jelasnya, 16 peratus kenaikan yang perlu ditanggung pengguna sekarang adalah melebihi enam peratus daripada Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang diperkenalkan oleh kerajaan dahulu.

Disebabkan itu, pengguna-pengguna mula bimbang dan ia terbukti apabila sehari sebelum pelaksanaan SST, orang ramai berduyun-duyun ke pasar-pasar raya kerana panik kenaikan harga untuk membeli barang-barang keperluan ‘dari kepala hingga kaki’.

SST-tanda
Bukti harga barang lebih mahal selepas SST. foto FB Barisan Nasional

“Semalam, saya berjumpa dengan seorang tukang masak, dia kata semasa GST barang naik dan SST sekarang harga barang lagi naik.

“Ini membuktikan sistem percukaian baru membebankan rakyat. Itu tak baik. Janji manis sebelum dapat undi, lepas dapat undi semua lupa,” katanya ketika berkempen bersama-sama calon MCA untuk Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Balakong, Tan Chee Teong malam tadi.

Ahli Parlimen Ayer Hitam itu menjangkakan pelaksanaan SST semakin merumitkan memandangkan nilai mata wang dolar sudah meningkat antara 4 hingga 5 peratus sekarang.

Sebelum Pilihan Raya Umum ke-14, nilai mata wang ringgit adalah RM3.84 bagi setiap dolar berbanding RM4.12 sekarang.

“Dengan pertambahan hampir 5 peratus mata wang, 16 peratus harga barang, pengguna bakal berdepan dengan pertambahan harga sebanyak 21 peratus.

“Keadaan ini merumitkan kerana kerajaan tidak jaga ekonomi dengan baik,” ujarnya.

Ketika berucap, Ka Siong turut menyindir kerajaan supaya melantik Tony Pua sebagai Menteri Kerja Raya atau Menteri Kewangan kerana bersungguh-sungguh memaklumkan pemansuhan tol boleh dilaksanakan.

Beliau berkata, Kerajaan Barisan Nasional pada tahun 2009 juga pernah bercadang untuk mengambil alih 17 konsesi tol.

Tetapi Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop memaklumkan di Parlimen cadangan itu sukar kerana ia memerlukan kos sebanyak RM231 bilion.

“Tony Pua ‘melompat’ dan berkata “siapa kata RM231 bilion, cuma RM25 bilion. Sekarang Menteri Kerja Raya, Baru Bian baharu bagitau RM400 bilion.

“Dia bergamam, tak boleh jawab. Kalau boleh, Setiausaha Politik Lim Guan Eng, Tony Pua patut selesai masalah kita, ini orang Oxford, selesaikanlah.

“Dulu dia kata boleh sebab RM25 bilion. Kalau dia (Tony) dapat buat, kita semua ahli Parlimen pembangkang tulis surat kepada Perdana Menteri lantik dia jadi Menteri Kewangan sebab cukup pandai, atau Menteri Kerja Raya,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast