Helikopter jenis Mi-8 terhempas di utara Afghanistan. foto Agensi

MAZHAR-I-SHARIF – Sebuah helikopter terhempas di wilayah Balkh, mengorbankan sekurang-kurangnya 12 orang termasuk dua anak kapal dan 10 tentera Afghanistan.

Helikopter Mi-8 itu milik Moldovan dikatakan terhempas selepas berlepas dar pangkalan tentera berhampiran Mazar-e-Sharif.

Seorang anak kapal warga Ukraine dan askar Afghanitan dilaporkan terselamat.

Nazer Khuda Pamiri, Timbalan Komander Tentera yang berpusat di utara Afghanistan berkata, helikopter itu terhempas di daerah Dehdadi akibat “masalah teknikal.”

Beliau berkata, pesawat itu mengangkut pasukan keselamatan Afghanistan dari pangkalan tentera ke wilayah barat laut Faryab.

Jurucakap Kementerian Pertahanan, Mohammad Radmanish berkata, helikopter itu disewa oleh kementerian. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast