Malaysia dan Singapura bersetuju untuk menangguhkan pelaksanaan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) sehingga ke suatu tempoh yang akan ditetapkan.
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Malaysia dan Singapura bersetuju untuk menangguhkan pelaksanaan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) sehingga ke suatu tempoh yang akan ditetapkan.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata keputusan penangguhan itu dibuat dengan mengambil kira faktor situasi ekonomi negara yang tidak kukuh buat masa ini.

“Kita (Malaysia dan Singapura) telah mencapai kata muafakat bagaimana kita dapat menyelesaikan pertindihan projek ini…dengan keadaan ekonomi, Malaysia tidak mampu meneruskan projek ini.

“Singapura bagaimanapun bersetuju dengan pandangan kerajaan Malaysia untuk menangguhkan pelaksanaan projek ini sehingga ke satu tempoh ketika keadaan ekonomi kembali pulih,” katanya kepada pemberita di lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini, hari ini.

Mohamed Azmin, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa ditemui selepas menghadiri istiadat perasmian Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Persidangan Dewan Negeri Selangor ke-14, yang disempurnakan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Beliau berkata keputusan itu juga dibuat selepas pihaknya mengadakan beberapa siri rundingan bersama kerajaan Singapura baru-baru ini.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast