RIO DE JANEIRO – Sebuah Muzium Kebangsaan Brazil yang berusia 200 tahun terbakar, kemungkinan memusnahkan lebih daripada 200 koleksi arkeologi dan memorabilia sejarah.
Kemusnahan bangunan itu adalah kerugian yang tidak terhitung bagi Brazil, menurut Presiden Michel Temer.
“Kerja, penyelidikan selama 200 tahun hilang,” katanya dalam satu kenyataan.
Punca kebakaran dan kemusnahan atau kerosakan masih belum diketahui,
Siaran langsung dari stesen televisyen menunjukkan kebakaran berlaku pada akhir sesi waktu lawatan pukul 5 petang berlarutan sehingga malam.
Muzium ini, yang terikat dengan universiti persekutuan Rio de Janeiro dan Kementerian Pendidikan, ditubuhkan pada tahun 1818.
Ia menempatkan beberapa koleksi mercu tanda, termasuk artifak Mesir dan fosil manusia tertua yang terdapat di Brazil.
Muzium ini telah diabaikan di bawah pelbagai kerajaan, menurut Naib Pengarah Globo TV. – MalaysiaGazette