Khairul Azwan Harun
Khairul Azwan Harun

KUALA LUMPUR – Peguam Negara, Tommy Thomas digesa tampil memberi penjelasan mengenai keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini yang membebaskan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng daripada tuduhan rasuah.

Senator Khairul Azwan Harun berkata, berdasarkan respon Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa keputusan menarik kembali pertuduhan itu dibuat oleh Pegam Negara menimbulkan kecurigaan yang memerlukan jawapan jelas.

“Merujuk kenyatan rasmi SPRM yang menyatakan bahawa keputusan mahkamah dan juga pihak pendakwaan dari pejabat peguam negara yang telah menarik balik pertuduhan tanpa dirujuk kepad SPRM jadi saya mendesak supaya peguam negara tampil memberi penjelasan terhadap kenyataan media SPRM kerana ini telah meletakkan institusi perundangan negara pada situasi yang diragui kerana secara langsung kita dapat lihat bidang eksekutif dalamnya ialah Pejabat Peguam Negara.

“Kita desak Peguam Negara tampil memberi penjelasan, dia tidak boleh berdiam diri,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di bangunan Parlimen hari ini.

Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini melepas dan membebaskan Guan Eng daripada tuduhan rasuah berhubung pembelian sebuah lot tanah dan banglo, manakala ahli perniagaan, Phang Li Koon juga terlepas daripada dakwaan bersubahat.

Ia berikutan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Masri Mohd Daud, melalui representasi dikemukakan pihak pembelaan kepada Pejabat Peguam Negara untuk menggugurkan tuduhan berkenaan.

Mengakui Peguam Negara mempunyai kuasa untuk membuat pertimbangan dan keputusan namun bekas Naib Ketua Pemuda UMNO itu berkata, pembebasan Guan Eng hari ini menimbulkan persepsi buruk terhadap institusi perundangan.

“Kita akui Peguam Negara mempnyai bidang kuasa untuk sama ada membuat pertuduhan atau menarik balik atau apa juga tindakan pendakwaan tetapi ini menimbulkan ‘big question mark’ (tanda tanya yang besar) dan mencipta pelbagai persepsi tidak baik terhadap institusi perundangan negara kerana kes ini telah dibawa ke mahkamah sebelum ini,” tambahnya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast