KUALA LUMPUR – Malaysia Airlines Berhad (Malaysia Airlines) melancarkan penyelesaian WhatsApp Business bagi membolehkan para penumpangnya menerima status penerbangan dan pengesahan tempatan melalui aplikasi mesej.

Perkhidmatan lain yang ada dalam platform itu termasuk jadual, pemeriksaan masuk dan notifikasi operasi.

Pelanggan Malaysia Airlines boleh memilih untuk menggunakan perkhidmatan ini dengan menghantar mesej WhatsApp ke nombor 03-87774570 atau dengan mengklik pada http://bit.ly/mhwhatsapp.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines, Kapten Izham Ismail berkata, dengan platfom itu membolehkan penyampaian syarikat penerbangan ini lebih meluas kepada pelanggan, mengambil kira WhatsApp merupakan aplikasi paling popular. he added.

Penyertaan entri Whatsapp Business oleh Malaysia Airlines selepas penggunaan MHguardian, MHfeedback dan MHchat yang dilancarkan pada April lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast